Kasihnya
ke Syurga
Petang itu, langit mula memberat, tanda
titisan-titisan air bakal menitik bila-bila masa sahaja, sama seperti beratnya
air mata yang sedang ditampung oleh si gadis. Suraya bersendiri di bawah pohon
mangga sambil kadang-kadang menggeleng kepala menangisi nasib yang dialaminya.
Begitu berat dugaan
yang menimpa gadis ini. Baru kehilangan ibu tercinta beberapa hari yang lepas,
kini satu lagi berita sedih diterima. Notis pemberhentian kerja dari majikannya
yang diterima siang tadi menggamit kembali air matanya untuk mengalir tanpa
henti.
Sebulan berlalu, Suraya akhirnya mengambil
keputusan untuk meninggalkan rumah pusaka keluarganya dan kampung halaman dan
membawa diri ke Kuala Lumpur. Dia tahu dan sedar bahawa banyak dan besar dugaan
yang akan dihadapinya, tetapi dia nekad dengan keputusannya untuk memulakan
hidup baru di Ibu Kota.
Dengan diploma kesetiausahanan yang dimilikinya ,
akhirnya Suraya mendapat tawaran sebagai penolong setiausaha kepada salah
seorang pengarah muda yang berjaya dan terkenal di seluruh Malaysia, Mohd
Haiqal Effendi. Bagi Suraya, dia sangat bersyukur dan menerima tawaran tersebut
dengan hati yang terbuka. Impiannya hanya satu, mahu membentuk kembali
keyakinan dan keceriaan dalam hidupnya setelah kehilangan ibu yang tersayang.
Tugasnya sebagai penolong setiausaha tidaklah
susah kerana khidmatnya hanya diperlukan bagi menyelesaikan masalah-masalah
yang berkaitan dengan pejabat dan hanya masalah-masalah kecil bagi membantu
tugas setiausaha. Kadangkala, Suraya merasa bosan dan mengisi masa lapangnya di
pejabatnya dengan membaca novel-novel yang dimilikinya.
Suatu hari, pembacaannya dikejutkan dengan suara
Ruzaifah, ketuanya. “Suraya, akak perlu bercuti harini, ibu akak sedang sakit
tenant di kampung. Akak harap Suraya boleh bantu akak untuk berurusan dengan
En. Haiqal hari ni”. Tanpa menjawab, Suraya melangkah kea rah Ruzaifah dan
berjanji bahawa dia akan menguruskan hal yang berkaitan dengan kerja dan
memberitahu Ruzaifah supaya tidak perlu risau dengan kerja-kerja yang ada.
Setelah Ruzaifah
keluar dari biliknya, Suraya terus menuju ke bilik En. Haiqal sambil membelek
diari yang telah Ruzaifah berikan sebentar tadi. Tanpa diketahui oleh kedua
mereka, rupanya ini adalah kisah pertemuan semula antara mereka. Kisah gembira
buat Haiqal kerana dapat bertemu kembali dengan orang yang dirindu dan
dicintainya.
“Assalamualaikum En. Haiqal. Saya Suraya
Aisyah, pembantu Pn. Ruzaifah. Harini saya akan menggantikan Pn Ruzaifah yang
terpaksa bercuti kerana ibunya sedang tenat di kampung. Jadi, harini En. Haiqal
mempunyai beberapa temujanji yang penting, antara nya jam 1030 pagi nanti,
encik ada temujanji bersama pengurus projek kerjasama dengan rumah Ar-Raudah,
dan disebelah petangnya pula, encik perlu hadir ke mesyuarat ahli lembaga pengarah
syarikat”. Terang Suraya tanpa mengendahkan majikannya yang sedang
membelakanginya.
Tanpa Suraya sedari lelaki yang membelakanginya
sekarang adalah Haiqal yang pernah dikenalinya 7 tahun yang lepas. Haiqal yang
sedang asyik membaca mesej yang masuk di smartphonenya tersentak seketika
setelah mendengar suara itu. Suara yang sangat dirinduinya. Perlahan-lahan,
kerusinya dipusingkan dan akhirnya mata bertembung.
Dua mata bertentang,
dan mulut keduanya terkunci. Hanya mata yang berbicara buat masa ini. Akhirnya
setelah sekian lama terdiam, Suraya menghamburkan tawanya. Entah apa yang
mengusik hatinya. Sedangkan Haiqal hanya mampu tersenyum. Tersenyum kerana
wanita yang selama ini dicari , dirindu dan dicintainya kini berada di depan
mata. Hubungan mereka terpisah 7 tahun yang lepas apabila Haiqal sendiri
melarikan diri menyambung pengajiannya di Australia gara-gara cemburu dengan
hubungan Suraya dan Safwan. Kecil sungguh dunia ini.
Suraya, Safwan dan Haiqal. 3 nama yang memang
semua orang tahu, kemana sahaja mereka pergi, tidak aka nada sorang dari mereka
tertinggal. Dimana ada Safwan, disitu adanya Suraya dan Safwan. 3 sahabat yang
sangat akrab. Sifat Suraya yang agak kasar membuatkan dia selesa untuk berkawan
dengan kedua-dua jejaka ini.
Semakin hari, tanpa mereka sedari bibit-bibit
cinta muncul diantara mereka. Masing-masing menyimpan perasaan. Masing-masing
tak mampu untuk luahkan kerana takut akan kehilangan manisnya persahabatan
kerana cinta. Tapi, Safwan nampaknya nekad dengan keputusannya untuk meluahkan
rasa hatinya terhadap Suraya di hadapan Suraya dan Haiqal setelah mereka semua
mendapat keputusan SPM.
Haiqal yang sayangkan persahabatan itu hanya mampu
terus memndam rasa dan melarikan diri untuk menghilangkan perasaan cemburunya.
Itulah yang menyebabkan mereka terputus hubungan. 7 tahun masih belum mampu
membuatkan Haiqal melupakan cinta pertamanya, Suraya Aisyah.
p/s: minta komen dari sesiapa yang membaca.Terima kasih:)
salam cepat update ya.
ReplyDelete