Monday, July 23, 2012

Kasihnya ke syurga | Part 2

Seperti biasa, rutin bagi semua pelajar tingkatan 5, setelah berakhirnya waktu persekolahan, rata-rata dari mereka akan terus berada di sekolah bagi menghadiri kelas tuisyen yang disediakan, Tinggal 2 bulan sahaja lagi menuju ke hari peperiksaan penting bagi mereka. Mereka perlu berusaha untuk menentukan masa depan masing-masing.

Di kelas 5 sains, masing-masing riuh berborak sementara menunggu guru Biologi mereka masuk ke kelas, termasuk lah 3 sekawan atau lebih dikenali rakan-rakan sekelas sebagai 3 serangkai.
"Eh, Haiqal, nanti kalau lepas SPM kau nak masuk U mana ye? Jom lah kita pilih U sama-sama. Aku dan Safwan nak pilih UKM". Suraya memulakan perbincangan antara mereka. Namun, belum sempat Haiqal menjawab, Safwan terlebih dahulu menjawab. " Ala Su, Haiqal kan genius, mesti lah dia nak sambung belajar ke luar negaraa, Kita tak mampu, Haiqal mampu." Terkedu Haiqal mendengar jawapan dari Safwan. Dapat dirasakan ada sesuatu yang membuatkan Safwan berkata sedemikian, tetapi Haiqal tidak ketahuinya.
Akhirnya, Haiqal hanya diam seribu bahasa dan terus menelaah buku Biologi yang berada di depannya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

2bulan berlalu, akhirnya mereka bertiga selamat menghadapi peperiksaan yang sangat mereka nanti-nantikan. Bukan kerana dah bersedia, tetapi kerana tak sabar nak menghabiskannya. Masing-masing menjerit keriangan setelah keluar dari dewan peperiksaan.

"Yay! tahniah kawan-kawan, kita dah berjaya habiskan! Nampaknya jadi penanam anggur yang berjaya lah kita semua!", sorak Suraya sambil menepuk bahu kedua-dua sahabatnya. Haiqal pula menjawab ," Su, aku ingat nak buat kerja sambilan dekat bandar, korang berdua nak ikut sekali tak? Boleh tambah duit poket".

" Aku tak mahu lah, aku nak duduk melepak di rumah je, takpe ayah aku mampu lagi nak tanggung aku. Kau kan anak orang kaya Haiqal, kenapa nak kerja lagi? Mesti ayah kau mampu bagi duit poket kat kau". "Su, ko nak ke? jom lah lepak dengan aku je. Bukannya lama pun nak tunggu result kita tu keluar. ada ke orang nak ambil korang bekerja nanti?"

Suraya dilemma. Dia menyokong kata Haiqal yang jika mereka bekerja, mereka akan mendapat duit poket, maka tak perlulah dia susahkan ibunya, tapi kata Safwan ada benarnya jugak. Siapa yang sanggup mengambil mereka bekerja hanya untuk 2 bulan?

Akhirnya setelah berfikir panjang Suraya mengambil keputusan untuk bekerja Part-time bersama-sama dengan Haiqal sebagai promoter di salah sebuah supermarket. Safwan merasa cemburu tehadap Haiqal kerana berjaya mengajak Suraya untuk bekerja bersamanya. Apa yang nak dicemburukan ye? Bukankah mereka sahabat? Ya, sahabat pada luarannya tetapi hati kecil Safwan sudah mula dibibit cinta.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungan antara Haiqal dan Suraya semakin bertambah rapat semenjak mereka berdua bekerja bersama. Mana taknya, pergi bersama, makan bersama, balik bersama. Tetapi Safwan, semakin jauh kerana mereka sudah jarang berjumpa. Jika berjumpa sesekali, Safwan sendiri merasa janggal untuk berbual dengan mereka.

Setelah lebih kurang 3 bulan bekerja , akhirnya keputusan SPM mereka diumumkan. Ketiga-tiga mereka mendapat keputusan yang sangat memberansangakan dan membuatkan mereka semua layak untuk ke universiti. Ketiga-tiganya mendapat peluang ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Suraya dan Safwan dengan jurusan Genetik, manakala Haiqal dalam jurusan Kejuruteraan Kimia.

Mereka dipisahkan dengan jurusan yang berbeza. Safwan mula berasa gembira dengan keputusan yang mereka dapati. Bertambah senang lah Safwan untuk merapatkan hubungan nya dengan Suraya selepas ini. Walaupun mereka berlainan jurusan, mereka tetap bertemu sekali sekala di hujung minggu . Haiqal yang sudah lama menaruh hati terhadap Suraya semakin cemburu setelah melihat Safwan yang sudah mula bermanja dengan Suraya.

"Mereka bercinta ke?",telah Haiqal dalam hati sewaktu melihat adegan Safwan menyuap makanan ke mulut Suraya sewaktu mereka sedang makan di kafeteria. Dia yang pada asalnya hendak bertemu dengan mereka akhirnya mengambil keputusan untuk tidak bertemu dengan mereka.

"Su, aku rasa tak sihat pulak, maaf tak dapat join korang berdua ye. Sampaikan salam aku pada Safwan". Begitu bunyi SMS yang dihantar oleh Haiqal kepada Suraya. Di dalam biliknya, Haiqal hanya mampu menatap gambar Suraya yang diambil secara curi ketika mereka bekerja. Hatinya dipagut cemburu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment