Sunday, July 22, 2012

Kasihnya ke Syurga . Part 1


Kasihnya ke Syurga
Petang itu, langit mula memberat, tanda titisan-titisan air bakal menitik bila-bila masa sahaja, sama seperti beratnya air mata yang sedang ditampung oleh si gadis. Suraya bersendiri di bawah pohon mangga sambil kadang-kadang menggeleng kepala menangisi nasib yang dialaminya.
Begitu berat dugaan yang menimpa gadis ini. Baru kehilangan ibu tercinta beberapa hari yang lepas, kini satu lagi berita sedih diterima. Notis pemberhentian kerja dari majikannya yang diterima siang tadi menggamit kembali air matanya untuk mengalir tanpa henti.

Sebulan berlalu, Suraya akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah pusaka keluarganya dan kampung halaman dan membawa diri ke Kuala Lumpur. Dia tahu dan sedar bahawa banyak dan besar dugaan yang akan dihadapinya, tetapi dia nekad dengan keputusannya untuk memulakan hidup baru di Ibu Kota.
Dengan diploma kesetiausahanan yang dimilikinya , akhirnya Suraya mendapat tawaran sebagai penolong setiausaha kepada salah seorang pengarah muda yang berjaya dan terkenal di seluruh Malaysia, Mohd Haiqal Effendi. Bagi Suraya, dia sangat bersyukur dan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka. Impiannya hanya satu, mahu membentuk kembali keyakinan dan keceriaan dalam hidupnya setelah kehilangan ibu yang tersayang.
Tugasnya sebagai penolong setiausaha tidaklah susah kerana khidmatnya hanya diperlukan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan pejabat dan hanya masalah-masalah kecil bagi membantu tugas setiausaha. Kadangkala, Suraya merasa bosan dan mengisi masa lapangnya di pejabatnya dengan membaca novel-novel yang dimilikinya.
Suatu hari, pembacaannya dikejutkan dengan suara Ruzaifah, ketuanya. “Suraya, akak perlu bercuti harini, ibu akak sedang sakit tenant di kampung. Akak harap Suraya boleh bantu akak untuk berurusan dengan En. Haiqal hari ni”. Tanpa menjawab, Suraya melangkah kea rah Ruzaifah dan berjanji bahawa dia akan menguruskan hal yang berkaitan dengan kerja dan memberitahu Ruzaifah supaya tidak perlu risau dengan kerja-kerja yang ada.
Setelah Ruzaifah keluar dari biliknya, Suraya terus menuju ke bilik En. Haiqal sambil membelek diari yang telah Ruzaifah berikan sebentar tadi. Tanpa diketahui oleh kedua mereka, rupanya ini adalah kisah pertemuan semula antara mereka. Kisah gembira buat Haiqal kerana dapat bertemu kembali dengan orang yang dirindu dan dicintainya.

 “Assalamualaikum En. Haiqal. Saya Suraya Aisyah, pembantu Pn. Ruzaifah. Harini saya akan menggantikan Pn Ruzaifah yang terpaksa bercuti kerana ibunya sedang tenat di kampung. Jadi, harini En. Haiqal mempunyai beberapa temujanji yang penting, antara nya jam 1030 pagi nanti, encik ada temujanji bersama pengurus projek kerjasama dengan rumah Ar-Raudah, dan disebelah petangnya pula, encik perlu hadir ke mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat”. Terang Suraya tanpa mengendahkan majikannya yang sedang membelakanginya.
Tanpa Suraya sedari lelaki yang membelakanginya sekarang adalah Haiqal yang pernah dikenalinya 7 tahun yang lepas. Haiqal yang sedang asyik membaca mesej yang masuk di smartphonenya tersentak seketika setelah mendengar suara itu. Suara yang sangat dirinduinya. Perlahan-lahan, kerusinya dipusingkan dan akhirnya mata bertembung.
Dua mata bertentang, dan mulut keduanya terkunci. Hanya mata yang berbicara buat masa ini. Akhirnya setelah sekian lama terdiam, Suraya menghamburkan tawanya. Entah apa yang mengusik hatinya. Sedangkan Haiqal hanya mampu tersenyum. Tersenyum kerana wanita yang selama ini dicari , dirindu dan dicintainya kini berada di depan mata. Hubungan mereka terpisah 7 tahun yang lepas apabila Haiqal sendiri melarikan diri menyambung pengajiannya di Australia gara-gara cemburu dengan hubungan Suraya dan Safwan. Kecil sungguh dunia ini.

Suraya, Safwan dan Haiqal. 3 nama yang memang semua orang tahu, kemana sahaja mereka pergi, tidak aka nada sorang dari mereka tertinggal. Dimana ada Safwan, disitu adanya Suraya dan Safwan. 3 sahabat yang sangat akrab. Sifat Suraya yang agak kasar membuatkan dia selesa untuk berkawan dengan kedua-dua jejaka ini.
Semakin hari, tanpa mereka sedari bibit-bibit cinta muncul diantara mereka. Masing-masing menyimpan perasaan. Masing-masing tak mampu untuk luahkan kerana takut akan kehilangan manisnya persahabatan kerana cinta. Tapi, Safwan nampaknya nekad dengan keputusannya untuk meluahkan rasa hatinya terhadap Suraya di hadapan Suraya dan Haiqal setelah mereka semua mendapat keputusan SPM.
Haiqal yang sayangkan persahabatan itu hanya mampu terus memndam rasa dan melarikan diri untuk menghilangkan perasaan cemburunya. Itulah yang menyebabkan mereka terputus hubungan. 7 tahun masih belum mampu membuatkan Haiqal melupakan cinta pertamanya, Suraya Aisyah.

p/s: minta komen dari sesiapa yang membaca.Terima kasih:)

1 comment: