Thursday, September 6, 2012

Gemuk itu suamiku!

 

*Epilog*

Irdina Khalida, semua orang tak kira rapat atau baru sepuluh minit kenal akan memanggilnya dengan panggilan Dina. Ceria dan peramah orangnya. Ini cerita Irdina dan Nizam. Cerita realiti yang terjadi tetapi ditambah sedikit unsur dramatic baru dapat aura cerpen sikit.

Mohd Khairul Nizam b Zulkefli, itu nama suami tercinta Irdina Khalida. Nizam merupakan seorang akauntan yang berjaya di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur, merangkap senior kepada Irdina Khalida suatu masa dulu.

*MRSM Terendak,2001*

“Nizam, tahniah sebab berjaya kekalkan prestasi awak”, Ucap Cikgu Rahman satu-satunya guru akaun di Mrsm tersebut sambil bersalaman dengan Nizam.

Salam bersambut, dan ucapan tahniah dibalas dengan ucapan terima kasih. Para pelajar 5 Dinamik yang lain sudah mulai lali dengan adegan ini. Bagaikan melihat drama yang berkali-kali di ulang tayang.

Tapi kata pujian itu hanya meniti dibibir guru-guru dan rakan karibnya sahaja. Yang lain, hanya kata ejekan yang diterima. Kenapa? Hanya disebabkan Nizam mempunyai tubuh yang GEMUK. Salah ke kalau GEMUK? Bukankah macam mentertawakan ciptaan Tuhan?

Awalnya dia merasa rendah diri dengan ejekan yang diterima, tetapi lama kelamaan ejekan itu diterima sebagai sesuatu yang positif, baginya biarlah apa orang nak kata, asalkan dia tak menyusahkan hidup orang lain.

Dan kini, dia hanya tersenyum bila orang disekelilingnya mengejeknya. Apa yang penting baginya, dia dah berjaya buatkan ibu dan bapanya bangga.

*Kuala Lumpur, 2005*

“Dina, kau betul tak nak ikut kami semua ni tengok wayang?”, entah buat kali ke berapa soalan itu diajukan kepada Dina oleh teman serumahnya, Syairah ataupun lebih dikenali sebagai Ira.

“Betul aku tak rasa macam nak tengok movie pun, korang pergi lah ye, enjoy your day”. Usai menjawab, Dina terus memeluk bantal ke mukanya tanda tidak mahu diganggu lagi. Ira sudah terlalu faham dengan karenah rakannya yang seorang ini. 7 tahun bersahabat, cukup lama untuk Ira memahami gerak isayarat badan yang Dina buat.

Penat menghadap televisyen, akhirnya Dina menghadap laptopnya pula. Seperti kebiasaan Facebook menjadi destinasi yang dituju. Kata orang Facebook dah jadi medan penyebaran berita yang pantas. Orang kahwin, tuning, putus cinta, semua pun boleh tahu.Tapi bukan itu tujuan Dina, sesudah log-in ke Facebook, tak perlu tunggu lama, bahagian Mesej disemak. Tersenyum Dina melihat ada satu mesej dari insane yang dinanti. Nizam.

Pernah dulu sewaktu di bangku sekolah, Ira bertanya pada Dina.” Dina, kau serius minat dengan si Nizam tu? Gemuk la dia, yang hensem kan ramai lagi kat maktab ni.” Tetapi Dina hanya menjawab dengan senyuman, dan kadang-kadang Dina akan menjawab, berdosa ke kalau berkawan dengan orang GEMUK?

Tambah manis senyuman Dina tatkala ini, bukan kerana teringat kenangan sewaktu sekolah tetapi, tersenyum sesudah membaca mesej dari Nizam yang mengajaknya untuk bertemu.

Dina bersiap seringkas yang mungkin dengan blaus bunga berlatarkan biru, dan skirt labuh berwarna hitam, dipadankan dengan tudung dual tone dari Aidijuma. Ringkas tetapi cantik.

*The Mines, Serdang*

Saya pakai t-shirt biru ada tulisan cap ayam didepannya

Itulah sms yang dihantar oleh Nizam. Dina sudah semakin menghampiri lelaki itu. Sama seperti Dina, Nizam juga semakin gementar. Entah kenapa rasa itu wujud. Mereka juga tak mampu menjawab soalan itu. Bukan sesuatu yang janggal untuk Dina keluar berborak dengan rakan lelakinya, tapi entah kenapa dengan Nizam dia rasa lain.

Pada Nizam, dihatinya turut rasa takut. Takut diejek oleh rakan yang baru ingin dikenalinya iaitu Dina, walhal, itu adalah juniornya sewaktu di Terendak dulu.

“Nizam ye?” terpadam terus perasaan takut di hati Nizam tatkala mendengar namanya dipanggil. Didepannya berdiri seorang perempuan yang baginya sempurna. Inilah insane yang berjaya buat dia tersenyum setiap kali bangun pagi dengan kata-kata motivasi yang sentiasa diberikannya setiap malam.

The Chicken Rice Shop jadi saksi pertemuan mereka. Berkenalan dan berbual tentang diri masing-masing. Mereka selesa.Sangat selesa.

*Johor Bahru,2006*

Selepas pertemuan di The Chicken Rice Shop, persahabatan Nizam dan Dina semakin akrab. Suka duka dikongsi bersama. Andai Dina bersedih, Nizam akan jadi si penglipur lara buat menghibur hatinya, begitu juga sebaliknya.

Perhubungan mereka adalah perhubungan jarak jauh. Dina di Kuala Lumpur, manakala Nizam di Johor Bahru. Kedua-duanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang mencari rezeki Halal.

Walaubagaimanapun, andai ada masa terluang, sebulan sekali Nizam akan ke Kuala Lumpur bertemu dengan Dina. Tapi satu yang kurang Dina gemari apabila berjalan dengan Nizam di pusat beli-belah, iaitu pandangan serong orang ramai. Melihat mereka macam mereka ini hantu yang tidak berkepala sedang berjalan dalam pusat beli belah itu. Namun itu tak merubah hati Dina terhadap Nizam.

Jarang berjumpa, hanya emel,facebook dan khidmat pesanan ringkas jadi perantara antara mereka. Setahun berkenalan, mereka berdua berhajat ingin menghabiskan masa bersama hingga ke masa tua mereka. Inginkan hubungan yang halal antara mereka berdua.

Restu ibubapa , itu yang penting. Dina cuba memperkenalkan Nizam kepada ibunya dengan menunjukkan gambar kepada ibu, tapi Dina cukup kecewa dengan jawapn dari ibunya Puan Munirah.

“ Dina dah takde kawan lelaki lain ke? Yang gemuk ni jugak yang kamu berkenan? Cari yang lain la.” Itu tanda penolakan ibunya. Ya , Dina faham itu. Tetapi mengapa ibu? Hanya sebab Nizam gemuk? Ibu ,gemuk tu berdosa ke?

Akur kehendak ibunya, dan tak mahu menjadi anak yang derhaka, Dina turutkan apa yang ibunya mahukan. Dina mula menjauhkan diri dari Nizam. Sakit di hati hanya Dia yang tahu. Tapi tidak mengapa asalkan dia mampu buat ibunya bahagia.

6bulan Nizam cuba menghubungi Dina, tetapi masih sama, tiada jawapan. Puas dicari ,masih belum mendapat jawapan. Akhirnya Nizam hanya mampu akur. Hancur hatinya mengenangkan Dina meninggalkannya begitu saja.

*Kuala Lumpur, 2010*

Penuh sesak Lapangan Terbang Kuala Lumpur dengan orang-orang yang menghantar sanak saudara mereka yang bakal menunaikan tanggungjawab kepada Allah, menunaikan haji . Ini harapan dan matlamat Dina, untuk membawa ibunya pergi menunaikan haji dengan menggunakan duitnya sendiri. Alhamdulillah, buat kali kedua. Kali pertama sewaktu ayahnya masih sihat.

Disebalik kesesakan orang ramai, terselit 2 insan yang dulunya pernah mengenali satu sama lain, dan pernah mempunyai hasrat untuk menghalalkan hubungan mereka. Dina dan Nizam. Keduanya menuju bertemu Ilahi.

*Madinah,2010*

“Ya Allah, aku bersyukur kepadaMU atas segala nikmat yang telah KAU berikan kepada ku. Kurniakanku rahmatMU, kuatkan hatiku menghadapi segala ujian dan dugaan dariMU, Dekatkanlah diriku dengan seseorang yang boleh dekatkan lagi diriku denganMU. Permudahkan urusan hidupku. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmatMU ini. Itu doa Dina dihadapan Kaabah. Mengalir airmatanya tatkala berdoa disini, terasa betapa kecilnya dirinya di sisi ALLAH.

Sesudah berdoa, Dina berpaling untuk meneruskan perjalanannya dan ibunya, malangnya, dia terlanggar seseorang sewaktu ingin berpaling. Dina tanpa berlengah menunduk bagi membantu wanita yang telah dilanggarnya. Tetapi nasib malangnya hanya seketika, kerana wanita yang dilanggar tadi rupanya dari Malaysia.

“ Maafkan saya makcik”, luah Dina kepada wanita itu. Itulah Puan Sufiah,ibu kepada Nizam dan diluar pengetahuan Dina, rupanya Puan Sufiah juga merupakan rakan karib ibunya sewaktu dibangku sekolah.

Ini hikmah dari Allah. Setiap yang jadi pasti ada sesuatu yang baik disebaliknya. Dalam pada berlaku perlanggaran tadi, dapat satukan kembali 2 orang sahabat yang sudah lama terputus hubungan. Sufiah dan Munirah, dua nama yang memang lazim disebut di seluruh sekolah. Mana tidaknya kemana sahaja pasti berdua.

Dan dek kerana perlanggaran ini juga, bertemunya kembali 2 insan yang dulunya pernah mencintai satu sama lain. Terkedu Nizam dan Dina tatkala ibu masing-masing memperkenalkan mereka. Keciknya dunia, ke sana ke mai, itu yang dijumpai.Kuasa Allah.

Semenjak dari itu, hubungan Nizam dan Dina bermula semula, tetapi di hati masing-masing sudah tidak menanam sebarang harapan, dan tersambung kembali hubungan dua sahabat, Sufiah dan Munirah.

*Kuala Lumpur,2011*

Ramadhan tiba lagi. Tetapi kali ini lebih bermakna buat Dina. Kini, dia dah pun bergelar tunangan orang. Tunangan kepada Mohd Khairul Nizam. Semua ini kehendak kedua ibu mereka. Katanya penyambung hubungan mereka, merapatkan lagi keluarga mereka. Ini rahsia Allah. Kalau dulu Nizam ditolak mentah-mentah oleh ibunya, sekarang, lelaki itu bakal menjadi imamnya.

Orang yang paling gembira dengan berita ini adalah Liyana. Rakan karibnya setelah Dina kehilangan sahabat karibnya Syairah akibat dari rasa tidak puas hati Syairah dengan pilihan hatinya ketika itu iaitu Nizam.

Liyana dan Dina sibuk menguruskan urusan perkahwinannya yang bakal berlansung pada bulan syawal akan datang. Hanya beberapa minggu lagi.

*9 Syawal 1432 Hijrah*

2 hati disatukan. Dengan sekali lafaz, Irdina Khalida kini sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Nizam Zulkefli. Bergenang air matanya tatkala mendengar “sah” dari kesemua wali. Air mata kesedihan kerana akan berjauhan dengan ibunya, tetapi dalam masa yang sama air mata kesyukuran kerana sudah sah bergelar isteri, dan diiringi dengan doa dan restu dari keluarga mereka.

“Assalamualaikum Dina, izinkan abang sarungkan cincin ni ke jari manis Dina. Ini tanda kasih saying abang dan tanda halalnya Dina untuk abang”. Cincin disarung, dahi dikucup dengan penuh kasih sayang. Tangan suaminya dikucup mesra. Bersilau-silau flash kamera di kala itu untuk menyimpan memori manis buat mereka berdua.

Penat melayan tetamu yang datang seharian, akhirnya dapat juga mereka berehat bersama keluarga yang ada. Dan buat pertama kalinya mereka berdua dapat menunaikan solat maghrib berjemaah. Sungguh aman dan sayu rasanya hati si isteri, tanggungjawab mereka sebagai suami isteri kini sudah bermula.

“Dina, terima kasih terima abang dengan seadanya, dan maafkan abang sebab abang dah jadi penghalang persahabatan Dina dan Syairah.” Kepala Dina diusap lembut dan dahi isterinya dikucup lembut.

Sungguh Nizam tidak ketahui yang Syairah bergaduh dengan Dina kerananya, sehinggalah bila Syairah muncul di majlis walimah mereka tadi. Rupanya banyak yang Dina rahsiakan darinya, dan kini baru Nizam tahu apa yang menyebabkan Dina mendiamkan diri dan meninggalkannya dulu. Alhamdulillah, kini mereka bersatu atas kehendak ibu mereka. Dengan restu dan doa dari insan yang amat mereka sayangi.

“ Abang tak bersalah. Andai betul Syairah itu sahabat Dina, dia takkan tinggalkan Dina hanya kerana seorang lelaki. Dan Dina dah lama terima abang, bagi Dina, rupa fizikal bukan ukuran kebahagiaan. Dina yakin yang abang mampu bawa dan pimpin Dina ke jalan yang lebih baik, dan dekat denganNYA.” Tangan suaminya dikucup lembut tanda hormat.

Benarlah kata orang, rupa, harta itu bukan ukuran untuk kebahagiaan dan Jodoh itu rahsia dari Allah. Kalau kini Dina masih mendapat pandangan yang serong dari rakan-rakan atau masyarakat sekeliling tentang suaminya, dia hanya akan menjawab, “Ya, yang gemuk itu suami saya, ada masalah?”. Sambil tersenyum lebar. Kini kebahagiaan milik mereka.

-TAMAT-

Monday, July 23, 2012

Kasihnya ke syurga | Part 2

Seperti biasa, rutin bagi semua pelajar tingkatan 5, setelah berakhirnya waktu persekolahan, rata-rata dari mereka akan terus berada di sekolah bagi menghadiri kelas tuisyen yang disediakan, Tinggal 2 bulan sahaja lagi menuju ke hari peperiksaan penting bagi mereka. Mereka perlu berusaha untuk menentukan masa depan masing-masing.

Di kelas 5 sains, masing-masing riuh berborak sementara menunggu guru Biologi mereka masuk ke kelas, termasuk lah 3 sekawan atau lebih dikenali rakan-rakan sekelas sebagai 3 serangkai.
"Eh, Haiqal, nanti kalau lepas SPM kau nak masuk U mana ye? Jom lah kita pilih U sama-sama. Aku dan Safwan nak pilih UKM". Suraya memulakan perbincangan antara mereka. Namun, belum sempat Haiqal menjawab, Safwan terlebih dahulu menjawab. " Ala Su, Haiqal kan genius, mesti lah dia nak sambung belajar ke luar negaraa, Kita tak mampu, Haiqal mampu." Terkedu Haiqal mendengar jawapan dari Safwan. Dapat dirasakan ada sesuatu yang membuatkan Safwan berkata sedemikian, tetapi Haiqal tidak ketahuinya.
Akhirnya, Haiqal hanya diam seribu bahasa dan terus menelaah buku Biologi yang berada di depannya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

2bulan berlalu, akhirnya mereka bertiga selamat menghadapi peperiksaan yang sangat mereka nanti-nantikan. Bukan kerana dah bersedia, tetapi kerana tak sabar nak menghabiskannya. Masing-masing menjerit keriangan setelah keluar dari dewan peperiksaan.

"Yay! tahniah kawan-kawan, kita dah berjaya habiskan! Nampaknya jadi penanam anggur yang berjaya lah kita semua!", sorak Suraya sambil menepuk bahu kedua-dua sahabatnya. Haiqal pula menjawab ," Su, aku ingat nak buat kerja sambilan dekat bandar, korang berdua nak ikut sekali tak? Boleh tambah duit poket".

" Aku tak mahu lah, aku nak duduk melepak di rumah je, takpe ayah aku mampu lagi nak tanggung aku. Kau kan anak orang kaya Haiqal, kenapa nak kerja lagi? Mesti ayah kau mampu bagi duit poket kat kau". "Su, ko nak ke? jom lah lepak dengan aku je. Bukannya lama pun nak tunggu result kita tu keluar. ada ke orang nak ambil korang bekerja nanti?"

Suraya dilemma. Dia menyokong kata Haiqal yang jika mereka bekerja, mereka akan mendapat duit poket, maka tak perlulah dia susahkan ibunya, tapi kata Safwan ada benarnya jugak. Siapa yang sanggup mengambil mereka bekerja hanya untuk 2 bulan?

Akhirnya setelah berfikir panjang Suraya mengambil keputusan untuk bekerja Part-time bersama-sama dengan Haiqal sebagai promoter di salah sebuah supermarket. Safwan merasa cemburu tehadap Haiqal kerana berjaya mengajak Suraya untuk bekerja bersamanya. Apa yang nak dicemburukan ye? Bukankah mereka sahabat? Ya, sahabat pada luarannya tetapi hati kecil Safwan sudah mula dibibit cinta.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungan antara Haiqal dan Suraya semakin bertambah rapat semenjak mereka berdua bekerja bersama. Mana taknya, pergi bersama, makan bersama, balik bersama. Tetapi Safwan, semakin jauh kerana mereka sudah jarang berjumpa. Jika berjumpa sesekali, Safwan sendiri merasa janggal untuk berbual dengan mereka.

Setelah lebih kurang 3 bulan bekerja , akhirnya keputusan SPM mereka diumumkan. Ketiga-tiga mereka mendapat keputusan yang sangat memberansangakan dan membuatkan mereka semua layak untuk ke universiti. Ketiga-tiganya mendapat peluang ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Suraya dan Safwan dengan jurusan Genetik, manakala Haiqal dalam jurusan Kejuruteraan Kimia.

Mereka dipisahkan dengan jurusan yang berbeza. Safwan mula berasa gembira dengan keputusan yang mereka dapati. Bertambah senang lah Safwan untuk merapatkan hubungan nya dengan Suraya selepas ini. Walaupun mereka berlainan jurusan, mereka tetap bertemu sekali sekala di hujung minggu . Haiqal yang sudah lama menaruh hati terhadap Suraya semakin cemburu setelah melihat Safwan yang sudah mula bermanja dengan Suraya.

"Mereka bercinta ke?",telah Haiqal dalam hati sewaktu melihat adegan Safwan menyuap makanan ke mulut Suraya sewaktu mereka sedang makan di kafeteria. Dia yang pada asalnya hendak bertemu dengan mereka akhirnya mengambil keputusan untuk tidak bertemu dengan mereka.

"Su, aku rasa tak sihat pulak, maaf tak dapat join korang berdua ye. Sampaikan salam aku pada Safwan". Begitu bunyi SMS yang dihantar oleh Haiqal kepada Suraya. Di dalam biliknya, Haiqal hanya mampu menatap gambar Suraya yang diambil secara curi ketika mereka bekerja. Hatinya dipagut cemburu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, July 22, 2012

Kasihnya ke Syurga . Part 1


Kasihnya ke Syurga
Petang itu, langit mula memberat, tanda titisan-titisan air bakal menitik bila-bila masa sahaja, sama seperti beratnya air mata yang sedang ditampung oleh si gadis. Suraya bersendiri di bawah pohon mangga sambil kadang-kadang menggeleng kepala menangisi nasib yang dialaminya.
Begitu berat dugaan yang menimpa gadis ini. Baru kehilangan ibu tercinta beberapa hari yang lepas, kini satu lagi berita sedih diterima. Notis pemberhentian kerja dari majikannya yang diterima siang tadi menggamit kembali air matanya untuk mengalir tanpa henti.

Sebulan berlalu, Suraya akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah pusaka keluarganya dan kampung halaman dan membawa diri ke Kuala Lumpur. Dia tahu dan sedar bahawa banyak dan besar dugaan yang akan dihadapinya, tetapi dia nekad dengan keputusannya untuk memulakan hidup baru di Ibu Kota.
Dengan diploma kesetiausahanan yang dimilikinya , akhirnya Suraya mendapat tawaran sebagai penolong setiausaha kepada salah seorang pengarah muda yang berjaya dan terkenal di seluruh Malaysia, Mohd Haiqal Effendi. Bagi Suraya, dia sangat bersyukur dan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka. Impiannya hanya satu, mahu membentuk kembali keyakinan dan keceriaan dalam hidupnya setelah kehilangan ibu yang tersayang.
Tugasnya sebagai penolong setiausaha tidaklah susah kerana khidmatnya hanya diperlukan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan pejabat dan hanya masalah-masalah kecil bagi membantu tugas setiausaha. Kadangkala, Suraya merasa bosan dan mengisi masa lapangnya di pejabatnya dengan membaca novel-novel yang dimilikinya.
Suatu hari, pembacaannya dikejutkan dengan suara Ruzaifah, ketuanya. “Suraya, akak perlu bercuti harini, ibu akak sedang sakit tenant di kampung. Akak harap Suraya boleh bantu akak untuk berurusan dengan En. Haiqal hari ni”. Tanpa menjawab, Suraya melangkah kea rah Ruzaifah dan berjanji bahawa dia akan menguruskan hal yang berkaitan dengan kerja dan memberitahu Ruzaifah supaya tidak perlu risau dengan kerja-kerja yang ada.
Setelah Ruzaifah keluar dari biliknya, Suraya terus menuju ke bilik En. Haiqal sambil membelek diari yang telah Ruzaifah berikan sebentar tadi. Tanpa diketahui oleh kedua mereka, rupanya ini adalah kisah pertemuan semula antara mereka. Kisah gembira buat Haiqal kerana dapat bertemu kembali dengan orang yang dirindu dan dicintainya.

 “Assalamualaikum En. Haiqal. Saya Suraya Aisyah, pembantu Pn. Ruzaifah. Harini saya akan menggantikan Pn Ruzaifah yang terpaksa bercuti kerana ibunya sedang tenat di kampung. Jadi, harini En. Haiqal mempunyai beberapa temujanji yang penting, antara nya jam 1030 pagi nanti, encik ada temujanji bersama pengurus projek kerjasama dengan rumah Ar-Raudah, dan disebelah petangnya pula, encik perlu hadir ke mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat”. Terang Suraya tanpa mengendahkan majikannya yang sedang membelakanginya.
Tanpa Suraya sedari lelaki yang membelakanginya sekarang adalah Haiqal yang pernah dikenalinya 7 tahun yang lepas. Haiqal yang sedang asyik membaca mesej yang masuk di smartphonenya tersentak seketika setelah mendengar suara itu. Suara yang sangat dirinduinya. Perlahan-lahan, kerusinya dipusingkan dan akhirnya mata bertembung.
Dua mata bertentang, dan mulut keduanya terkunci. Hanya mata yang berbicara buat masa ini. Akhirnya setelah sekian lama terdiam, Suraya menghamburkan tawanya. Entah apa yang mengusik hatinya. Sedangkan Haiqal hanya mampu tersenyum. Tersenyum kerana wanita yang selama ini dicari , dirindu dan dicintainya kini berada di depan mata. Hubungan mereka terpisah 7 tahun yang lepas apabila Haiqal sendiri melarikan diri menyambung pengajiannya di Australia gara-gara cemburu dengan hubungan Suraya dan Safwan. Kecil sungguh dunia ini.

Suraya, Safwan dan Haiqal. 3 nama yang memang semua orang tahu, kemana sahaja mereka pergi, tidak aka nada sorang dari mereka tertinggal. Dimana ada Safwan, disitu adanya Suraya dan Safwan. 3 sahabat yang sangat akrab. Sifat Suraya yang agak kasar membuatkan dia selesa untuk berkawan dengan kedua-dua jejaka ini.
Semakin hari, tanpa mereka sedari bibit-bibit cinta muncul diantara mereka. Masing-masing menyimpan perasaan. Masing-masing tak mampu untuk luahkan kerana takut akan kehilangan manisnya persahabatan kerana cinta. Tapi, Safwan nampaknya nekad dengan keputusannya untuk meluahkan rasa hatinya terhadap Suraya di hadapan Suraya dan Haiqal setelah mereka semua mendapat keputusan SPM.
Haiqal yang sayangkan persahabatan itu hanya mampu terus memndam rasa dan melarikan diri untuk menghilangkan perasaan cemburunya. Itulah yang menyebabkan mereka terputus hubungan. 7 tahun masih belum mampu membuatkan Haiqal melupakan cinta pertamanya, Suraya Aisyah.

p/s: minta komen dari sesiapa yang membaca.Terima kasih:)